Wednesday, June 8, 2011
Tuesday, May 31, 2011
HERNIA
my lil prince, Eiiman, should go for minor surgery on 17th june due to hernia..
What is HERNIA?
will blog about it later...
not to worry cause its just minor surgery....
besides my lil hero is really cool..relax..
ayah eiiman juga cool...
suppose i should not feel worry about that..
tapi biasalah emosi ibu selalunya lebih dr semua...
juga emosi kakak erryna... hehehhe
kakak kata doktor tu jahatlah nak operate adik eiiman...
hmmm..emosi perempuan memang begitu...
fikiran ibu bercelaru memikirkan hal ini &
preparation for 1st birthday bash Eiiman on 4th June ini...
hopefully both will success..

Monday, May 30, 2011
1 year old
dear eiiman sayang,
happy 1st birthday!
semoga Eiiman menjadi anak yang soleh..taat akan ibu ayahmu..
mudah mudahan hidupmu diberkati Allah sayang...
pengalaman mengandung, melahirkan, menyusukan & membesarkanmu tidak akan luput dari ingatan ibu..
itulah kenangan terindah dalam ikatan kita berdua sayang..
eiiman,
andai satu hari eiiman baca entry ini, ketahuilah bahawa hadirmu menggembirakan kami semua..
ibu, ayah, kakak erryna dan seluruh keluarga amat menyayangimu
membesarkanmu nyata mudah..ragammu masih menghiburkan..sifat manjamu takkan dilupakan...
eiiman,
doa ibu sentiasa mengiringimu..
ingatlah..ibu akan selalu disisi mu..saat jatuh bangunmu...saat suka dan dukamu..
ibu sayangkan kamu sama seperti ibu sayangkan kakakmu, erryna..
kasih ibu buat kalian berdua tidak berbelah bagi..tiada yang terlebih mahupun terkurang kerana kalian lahir dari kandungan ibu yang satu...
selamat hari ulangtahun yang pertama sayang!!

Friday, May 27, 2011
Pengurusan EBM
Masih berkisar mengenai susu ibu, dan kali ini saya ingin kongsikan pengetahuan yang ada dalam pengurusan EBM.
Banyak ke stok EBM saya??
Semasa melewati pengalaman menyusukan erryna- YES stok EBM saya banyak dan terlebih-lebih. Rahsianya adalah passion with pumping session.
Walaubagaimanapun, penyusuan bersama erryna + eiiman, saya tidak mempunyai stok EBM sebanyak semasa penyusuan bersama erryna. Tetapi masih lagi mempunyai stok sekurang-kurang jika saya terpaksa pulang lewat, eiiman masih mempunyai bekalan EBM yang mencukupi.
Bagaimana menguruskan EBM?
Ramai para ibu/bakal ibu yang masih ragu-ragu dalam menguruskan EBM.
Ada yang berkata SUSAH, LECEH dan sebagainya.
Sebenarnya, jika kita faham keseluruhan konsep breastfeeding dan jika niat itu ikhlas ingin menyusukan bayi anda dengan susu yang TERBAIK , perkara yang dianggap susah & leceh itu pasti lebih MUDAH.
Disini saya sertakan beberapa tips / cara pengurusan EBM yang dipraktikkan oleh saya sepanjang hampir 3 tahun menyusukan puteri & putera hati kami:
1. Sediakan bekas susu & tempat penyimpanan yang sesuai
Boleh rujuk entry terdahulu- bekas penyimpanan berbagai jenis kini banyak terdapat di pasaran. Pilih sahaja yang bersesuai dengan kehendak anda dan yang penting ianya praktikal untuk anda & pengasuh- kerana mereka inilah yang akan menguruskan EBM untuk bayi anda.
Tentukan peti sejuk yang akan digunakan untuk menyimpan stok EBM anda. Peti sejuk yang ada di rumah anda juga memadai.
2. Tandakan / label tarikh dan masa EBM diperah
EBM anda tiada sebarang pengawet = isnya mudah basi! Pastikan anda melabel setiap EBM yang disimpan di dalam bekas supaya ianya memudahkan anda menguruskan EBM anda.
3. Konsep menggunakan EBM
Konsep?? Saja buat ayat gempak.hihihiih.Untuk penyimpanan EBM, kita gunakan konsep FIFO – First In First Out. Simpan EBM yang baru diperah di bahagian dalam peti sejuk. Keluarkan dahulu EBM yang terdahulu diperah.
Tetapi ingat- jangan semata-mata beri bayi anda EBM yang lama kerana zat di dalamnya tidak sama dengan EBM yang baru diperah.
Contoh:
Andaikan bayi anda minum 5 kali dengan setiap kali susu = 2oz ketika bersama-sama pengasuh
EBM yang diperolehi semasa di pejabat = 8oz (4 bekas dengan 2 oz setiapnya).
Simpan 2 bekas EBM di bahagian peti sejuk biasa untuk kegunaan esok hari , 2 lagi dibahagian beku.
Ambil baki 3 bekas lagi dari EBM beku terdahulu untuk menjadikannya 5 bekas EBM bagi bayi anda esok hari.
4. Faham jangka hayat EBM –tempoh penyimpanan
5. Faham dan tahu cara-cara menyediakan EBM untuk bayi anda
• Stok EBM beku boleh dicairkan (thaw) dengan meletakkannya di peti sejuk bahagian bawah (fridge) pada sebelah malamnya.
• EBM beku juga boleh dicairkan dengan merendamkannya dalam air paip
• panaskan EBM sebelum diberikan kepada bayi dengan cara merendamkan ia dgn air panas suam atau warmer
• EBM yang dicairkan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam
• EBM yang sudah dipanaskan hendaklah dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 jam
• EBM yang sudah diminum, tidak boleh disimpan semula
• EBM yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
INGAT!!
JANGAN memanaskan EBM dengan microwave ataupun memanaskannya secara terus. Memanaskan secara terus boleh memusnahkan zat-zatnya dan microwave menyebabkan hotsot yang boleh mencederakan lidah bayi
JANGAN biarkan EBM cair dengan sendirinya atau membiarkannya dalam suhu bilik
JANGAN menggoncang EBM kerana ia boleh memusnahkan ikatan molekul susu. Memadai dengan menggoncangkan secara perlahan-lahan.

Tuesday, March 15, 2011
SUSU IBU
As salam
Hari ni nak tulis entry mengenai SUSU IBU.
Sejak ramai yang bertanya mengenai nya, its better for me to keep it in blog supaya takdelah penat kepala nak mengarang ayat bagi topik yang sama. Hehhehhehe...
Sebenarnya, apa yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman menyusukan kedua-dua anak saya, Erryna & Eiiman. Penyusuan bersama Erryna menginjak ke 2 tahun 6 bulan dan penyusuan dieruskan sepanjang proses kehamilan adiknya , Eiiman, dan seterusnya tandem nursing-penyusuan berganda setelah lahirnya Eiiman yang kini usianya 10 bulan.
Antara perkara penting bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka adalah persediaan dari segi mental & fizikal. Siap sediakan diri dengan ilmu-ilmu penyusuan dapat membantu proses penyusuan dengan lebih lancar.
Emosi juga penting dalam menjayakan penyusuan ekslusif. Jangan mudah putus asa dan yakinlah dalam diri bahawa SUSU IBU sahaja YANG TERBAIK untuk anak anda. Malah Al-Quran juga menyatakan mengenai SUSU IBU seperti contoh di bawah:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).- Surah Luqman ayat 14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. - surah Al-Ahqaf ayat 15
Ekslusif susu ibu (selama 6 bulan pertama) bermakna TIADA air kosong , air woodward dan auh sekali susu formula diberikan kepada bayi. Ini kerana “bendasing” itu (selain susu ibu) akan menghakiskan lapisan perlindungan immunoglobin A (lg A) yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung dan mahu menyusukan anak SECARA EKSLUSIF, antara tips-tip persediaan awal adalah seperti berikut:
1. Kumpulkan maklumat dan fahamkan mengenai Penyusuan Susu Ibu (Breasfeeding)
Zaman teknologi informasi dihujung jari kini amat mudah. Taip sahaja SUSU IBU/PENYUSUAN SUSU IBU/ BREASFEEDING macam-macam info keluar untuk rujukan.Yang penting RAJIN untuk membaca dan fahamkan konsep-konsep dalam menjayakan penyusuan sepenuhnya.
Selepas kelahiran erryna, laptop sentiasa on untuk google info mengenai breastfeeding. Semangat berkobar2 ingin menyusukan erryna , sanggup tidak tidur siang untuk dapatkan semua maklumat tentang cara direct feeding, pumping, simpanan EBM (Expressed Breast Milk) etc.
2. Kenalpasti Doktor, Komplikasi dan Tempat Melahirkan – Rooming In
Adalah penting untuk memilih tempat melahirkan yang menyokong sepenuhnya penyusuan SUSU IBU. Sekiranya tiada hospital RAKAN BAYI yang berdekatan, tidak mengapa. Anda boleh menulis kepada pihak hospital & doktor supaya bayi anda tidak diberikan susu formula kerana anda mahu menyusukannya sendiri.
Senarai Hospital Rakan Bayi – rujuk http://duniasusuibu.com/bantuan-dalam-penyusuan/program-inisiatif-hospital-rakan-bayi/
Yana bersalin kedua-dua anak di Puteri Specialist. Semasa bersalinkan Erryna – ilmu penyusuan tak banyak lagi. Hanya dapat susukan erryna 1 hari selepas bersalin (setelah balik ke rumah) dan semasa 1 hari 1 malam di hospital, erryna minum susu yang nursery hospital sediakan.
Tetapi Alhamdulillah, untuk anak kedua – yana minta pihak hospital TIDAK berikan Eiiman susu formula kerana yana ingin menyusukan sendiri sedari awal dan seawal 1 jam selepas kelahiran eiiman hanya menerima SUSU IBU SAHAJA sehinggalah 6 bulan secara EKSLUSIF sebelum diperkenalkan dengan makan pejal.
Kini PUTERI SPECIALIST JB juga sedang ke arah menjadikan hospital mereka sebagai salah satu hospital rakan bayi. Malah mereka meyokong sepenuhnya penyusuan ibu dan konsep Rooming In.
Rooming In-tidur bersama-sama baby semasa di hospital dan susukan dia setiap kali dia memerlukannya.
Eiiman sekali lagi bertuah kerana ibu sentiasa tidur bersamanya sedari eiiman lahir ke dunia. Rooming In mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, malah anak akan berasa selamat kerana sepanjang kehamilan 9 bulan anak dengan si ibu, maka adalah tidak adil jika setelah dilahirkan anak dibiarkan tidur bersendirian di nursery.
3. Faham Konsep Penyusuan dan Payudara Anda
Percayalah bahawa payudara anda telah bersedia untuk menyusukan anak yang bakal anda lahirkan. Tidak ada orang yang TIADA SUSU. Selagi tiada sedutan (stimulation) selagi itu tiada susu dikeluarkan.
Maka: susukan lah bayi anda, berikan sedutan pada payudara anda agar SUSU dapat mengalir keluar.
Satu perasaan yang indah meresap saat menyusukan anak yang dikandung selama 9 bulan. It’s a bonding time. Proud to be a MOTHER who feed my own child
Breastfeed not for saving but thru breastfeed a lot of money you can save.
4. Sediakan peralatan penyusuan sebelum melahirkan
Anda boleh mula mengepam seawal yang boleh saat-saat menikmati moment berpantang. TETAPI ingat, jika anda ada bersama bayi, maka susulah secara terus.
Susu perahan – EBM adalah untuk digunakan semasa ketiadaan ibu bersama bayi i.e waktu mula bekerja. Anda boleh mula simpan stok susu dan ajar bayi minum sedikit-sedikit menggunakan sudu,picagari, cawan atau botol kira-kira 1-2 minggu sebelum mula bekerja (minta suami/ibu/ibu mertua yang memberikan susu EBM ye bagi mengelakkan bayi confuse “puting”)..
Antara aksesori penyusuan:
• Pump (Avent/Spectra/Medela/Pureen etc)
• Bekas penyimpanan (Bekas Dadih/Storage Bag/ Storage Bottle etc)
• Peti Sejuk
• Cooler Bag
• Warmer
• Breast pad
Saya mula simpan stok susu kira-kira seminggu sebelum mula bekerja kerana saya enjoy moment menyusukan anak secara terus. Peralatan menyusu di beli mengikut kemampuan…dan keselesaan si ibu.
• Pump - Bagi saya, Avent Manual ISIS (Travel set) sangat sesuai dengan saya.
• Bekas penyimpanan - EBM di simpan menggunakan bekas dadih (pakai buang) / storage bag. Saya simpan setiap bekas = 4 oz
• Peti Sejuk – Saya guna peti sejuk sedia ada di rumah. Niat di hati nak beli peti sejuk kecil khas utk simpan stok EBM..tapi tunggulah. Bila space peti sejuk rumah penuh- simpan kat rumah mama pulak. =)
• Cooler Bag – currently guna Travel bag yang dapat dlm pakej -Avent Manual Isis
Hanya guna untuk bawa susu balik rumah dari pejabat yang jaraknya 5-10 minit sahaja.
• Warmer – saya hanya gunakan air panas SUAM (jgn air panas mendidih ye) yang direndam dlm mangkuk yang lebar sedikit dan letakkan bekas penyimpanan EBM di dlmnya utk cairkan susu yang telah disejuk / dibekukan.
• Breast Pad – hanya digunakan ketika bimbang akan ter’skip’ pumping session due to meeting etc.Kebanyakan masa- tak pakai pun breast pad nih.
Lain ibu lain caranya, lain aksesorinya TETAPI berkongsi matlamat yang sama – Anak minum SUSU IBU.
Next entry, saya akan share tentang penggunaan EBM dan tips-tips lain.InsyaALLAH, dengan izin dariNYA.
Ibu: Buat teman-teman yang ingin dapatkan info mengenai breastfeeding, harap entry ni dapat beri sedikit pengenalan yang berguna. I will support you girls especially when it comes to BREASTMILK!!

Monday, March 14, 2011
Anak-anak
Eiiman Iskandar,
Putera ibu yang asyik tersenyum. Melihat senyuman eiiman, sejuk hati. Makin keletah dan makin lasak.biasalah lelaki-hero!!
Tak banyak cerita pasal eiiman. Sedar-sedar dah 9 bulan usia putera hati ibu ni. Dh nak setahun dah…kepala ligat memikirkan plan utk sambutan 1st birthday bash eiiman. Eiiman suka apa ye!! Balls- cars- pocoyo…nak buat theme apa ye!! Pening kepala ibu…sampai ayah cakap, ibu ni yang beriya-iya..eiiman bukan tau apa pon!! Biasalah..ibu yag over excited..
Kakak erryna dah sibuk nak kek Dora the Explorer! Asyik2 remind ibu dgn ayah kakak nak kek Dora..ye la kakak, tapi birthday kakak lambat lagi.
Eiiman dah riuh sekarang..walaupon 9 bulan sudah, gigi masih tak nampak bayang. Excited nak menunggu 1st gigi eiiman…masih teringat-ingat saat kakak tumbuh gigi pertama! Sekarang gigi kaka yang depan 2 tuh dh byk kaviti..asyik makan sweets n choclate je..berus gigi selalu tapi ibu la yang paksa…kalau tak, bukan berus gigi, kunyah ubat gigi adalah….
Eiiman dah lasak..duduk dan merangkak sudah laju..sekarang ni asyik nak berdiri lepas tangan..berangan!! masih gigil2 lagi..ada hati nak lepas tangan eh!! Cuba imbangkan badan ye nak!! Takpe…tak lama lagi eiiman pasti boleh..chaiyok!! chaiyok!!
Eiiman dah pandai melawan dan berebut mainan dgn kakak. Apa saja ada pada tangan kakak, itulah yang eiiman nak. Kakak pula susah nak beralah…takpe la, kakak pon kecil lagi. Dh besar sikit, mesti kakak beralah kan.. both anak ibu masih berebut nakkan perhatian. Keduanya masih lagi minum susu yang sama – SUSU IBU!!
Anak-anak ibu,
Semoga besar nanti erryna dan eiiman menjadi anak yang soleh & solehah ye! Dengar kata orang tua, terutama ibu dan ayah. Hidup saling menyayangi antara kakak dan adik.Belajar lah setinggi mana yang boleh dan berbaktilah kepada orang tua mu nanti.
Ingatlah! Kami amat menyayangi mu si jantung hati ibu dan ayah:
nurul erryna ramadhani & eiiman iskandar.

![]() |
| mmuuah! kiss from kakak |
banyaknya sawang...
as-salam,
lama nya tak update blog...
kekangan masa yang ada, buat diri ini terlupa seketika
rindu rasanya nak corat coret di sini..banyak yang nak cerita itu ini..
singgah sekejap bersihkan sawang-sawang yang datang bertandang..
sambil kepala ligat memikirkan idea yang datang..
sudahnya, cecite tak jadi cite...
nanti la kita cecite ye..!!!

my sweet lil princess..erryna ramadhani.
Subscribe to:
Posts (Atom)