our anniversary

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label eiiman. Show all posts
Showing posts with label eiiman. Show all posts

Friday, December 23, 2011

eiiman 1st birthday bash

Berkurun simpan story dalam draft...akhirnya 'post' jugak...
walaupun lewat hampir setengah tahun...ehhehehehe...

jom re-cap.... on 4th June 2011...

Alhamdulillah...
selesai sudah Eiiman 1st birthday bash..!!
hopefully our guest enjoy with the foods served..

ramai yang bertanyakan tentang food....and YES semuanya masak sendiri ..
BIG thanks to mama for the delicious yummy laksa johor..the BEST in the world (for me la kan!!)
most of the dessert made by me & my hubby...except for kuih-muih tradisional yang ditempah.. =)
yummy your tummy the football birthday cake from farezza - CAKE LOVERS
lollipop chocolate & customized chocolate sponsored by my cousin- falisa bakar...(coklat terbaik,boleh jual lps ni)

party accesories - goodie bag, toppers & banner from TRIPLETS plus ONE  thank you munirah!!
we love it..& everyone love the goodie pack..ehhehehehe

Decoration by my hubby...simple but nice with colorful ball hanging in the khemah..

and THANK YOU to everyone yang sporting mengikut dress code kami: FOOTBALL..
there are soooo many football players in the house...
MAN U (wajib), CHELSEA, LIVERPOOL, ARSENAL, MALAYSIA, BRASIL & many more..

THANK YOU jugak kepada saudara-mara yang membantu menjayakan majlis kecil kami ini..

jom layannn gambar...




































banyak lagi gambar nk letak tapi...'over' plak..heheheheh. penat tetapi berbaloi...kami sekeluarga sangat happy melihat ramai tetamu yang sudi memeriahkan majlis kali ini...

thanks semua!!

* majlis harijadi setiap tahun.??? oh, rasanya utk 1st year sahaja kami buat semeriah ini...following year, buat kecil-kecilan saja...
*tunggu la 1st birthday bash our 3rd edition plak....ehhehehe. bila tu? insyaAllah 2013 ;-)

Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah , segalanya berjalan lancar
Eiiman- minor surgery telah berjaya..its only take a half an hour for us to waiting at operation theater
Thank you for all wishes & doa ...we really appreciate it

Eiiman such a brave boy.. :)
Bila mana doktor panggil kami untuk ambil eiiman, dari luar kami dah dengar suara tangisanmu nak..
Iyelah, tiada siapa yang kamu kenali di dalam sana sedari dari tidurmu akibat ubat bius yang dibekalkan.
Bilamana eiiman melihat kami, esakan nya bertambah...sedih agaknya kenapa ibu & ayah tinggalkan eiiman keseorangan di dalam sana..
but its ok sayang, ada doktor dan nurse yg baik hati menjagamu..
Eiiman terus ku ambil dan ku dodoikan agar dia rasa tenang..akhirnya tangisannya henti.


 



















Selepas sahaja ubat bius itu hilang, eiiman kembali sedar..
minta dibawa jalan sepanjang wad..sekejap eiiman dengan ibu..sekejap dengan ayah..
Akibat keletihan, seketika cuma eiiman pun kembali tidur di pangkuan ku..
Gayanya langsung tak mahu dibaringkan atas katil..rasa fobia ditinggalkan agaknya..
but its ok my dear, asalkan eiiman rasa tenang & selamat..

Keluarga ku tiba tak lama kemudian bersama dengan kakak erryna..
celoteh nya asyik bertanya mana adiknya eiiman - kata mama
dibawanya bermacam-macam hadiah dari tok mama & tok baba
Oh..its a Father Days! Tok mama belikan eiiman & kakak baju baru..
tertera " DAD TOTALLY AWESOME" - so sweet...
Thanks tok mama..(my mum )

Eiiman terjaga dengar keriuhan keluarga ku..
seronok dia minta di dukung..
sekejap dengan tok baba, sekejap dengan acik ayiq...pak haniff pun ada
Minta di bawa jalan satu wad lagi...nak main kick the ball lagi..
adoii dik, hati-hati...tak rasa sakit ke?
Alhamdulillah..petang keluarga mertuaku pula datang..
Siap bawa bekalan utk kami sekeluarga..
Eiiman lena dipangkuan...kali ni tidurnya lama sedikit..
setelah penat bermain siang tadi...

Kami discharge petang..sampai rumah dalam jam 7pm
Alhamdulillah semua happy tengok eiiman
Eiiman pun macam biasa...berjalan ke sana ke mari..
sibuk dengan permainan nya...

Terima kasih ya ALLAH!
Kau permudahkan segalanya untuk Eiiman & kami sekeluarga..
Amin Ya Rabbal Alamin..


Friday, June 10, 2011

THE SURGERY POSTPONE

Received call from Dr Lai's Clinic and they mention that the surgery postponed to 19th June 2011 (Sunday).
Gementar & risau menantikan detik itu...

Reminder:
last makan : 12.00 malam
last susu : 4.30 pagi
last air masak / plain water : 6.00 pagi

expected time surgery : 7.30 pagi (terus menuju ke wad kecemasan)

dear readers,  i need your doa agar dipermudahkan segala urusan ini.semoga surgery ini berjaya and my lil hero eiiman, dijauhi dari jangkitan dan lain-lain masalah.

million thanks from bottom of my heart..

ikhlas dari
ibu yang kerisauan

Tuesday, May 31, 2011

HERNIA

my lil prince, Eiiman, should go for minor surgery on 17th june due to hernia..
What is HERNIA?
will blog about it later...

not to worry cause its just minor surgery....
besides my lil hero is really cool..relax..
ayah eiiman juga cool...

suppose i should not feel worry about that..
tapi biasalah emosi ibu selalunya lebih dr semua...
juga emosi kakak erryna... hehehhe
kakak kata doktor tu jahatlah nak operate adik eiiman...

hmmm..emosi perempuan memang begitu...

fikiran ibu bercelaru memikirkan hal ini &
preparation for 1st birthday bash Eiiman on 4th June ini...
hopefully both will success..

Monday, May 30, 2011

1 year old

dear eiiman sayang,
happy 1st birthday!
semoga Eiiman menjadi anak yang soleh..taat akan ibu ayahmu..
mudah mudahan hidupmu diberkati Allah sayang...
pengalaman mengandung, melahirkan, menyusukan & membesarkanmu tidak akan luput dari ingatan ibu..
itulah kenangan terindah dalam ikatan kita berdua sayang..

eiiman,
andai satu hari eiiman baca entry ini, ketahuilah bahawa hadirmu menggembirakan kami semua..
ibu, ayah, kakak erryna dan seluruh keluarga amat menyayangimu
membesarkanmu nyata mudah..ragammu masih menghiburkan..sifat manjamu takkan dilupakan...

eiiman,
doa ibu sentiasa mengiringimu..
ingatlah..ibu akan selalu disisi mu..saat jatuh bangunmu...saat suka dan dukamu..

ibu sayangkan kamu sama seperti ibu sayangkan kakakmu, erryna..
kasih ibu buat kalian berdua tidak berbelah bagi..tiada yang terlebih mahupun terkurang kerana kalian lahir dari kandungan ibu yang satu...

selamat hari ulangtahun yang pertama sayang!!

Tuesday, June 1, 2010

kelahiran eiiman

sambungan entry lepas...

0300 , 30 Mei 2010
jam 3pagi, kontraksi semakin kerap ...sakit boleh tahan lagi..cuma kali ni keluar lendir bcampur darah sedikit...decide kejut abang untuk terus ke puteri specialist.hantar erryna yang sedang lena tido ke rumah tok mama..sampai PSH dalam 3.30pagi..terus buat CTG baby untuk 30 minit.

0400, 30 mei 2010
Bidan bertugas check bukaan dan 4cm..minta suami register di kaunter pendaftaran utk dapatkan bilik... kontraksi makin kerap..yana pon asyik rasa nak buang air besar je..bidan masukkan ubat utk buang air besar ...clearkan apa2 yang patut  =D

0500, 30 mei 2010
kontraksi makin kerap..bidan minta yana cuba tidur..suami di sisi temankan. yana xboleh nak tidur sgt..sakit kejap datang kejap pergi...

0630, 30 mei 2010
bidan check lagi bukaan, kali ni dah 7cm...bidan call doktor laila inform mengenai keadaan yana..terdengar yang bidan ckp baby ada distraction..sewaktu kontraksi kuat (meaning keadaan baby agak stress bila kontraksi kuat berlaku)..doktor advice minta yana mengiring sedikit..and result nampak better.

0700, 30 mei 2010
check sekali lagi bukaan masih 7cm tetapi kepala baby dah ke bawah...10 minit kemudian terasa semakin kuat nak meneran buang air besar...sakit dah semakin kuat..bidan check bukaan..air ketuban pecah dengan banyaknya..berdasarkan history, kalau dh pecah memang xlama lagi baby nk keluar dah ni..

0733,30 mei 2010
alhamdulillah, eiiman iskandar selamat dilahirkan ke dunia secara normal dengan berat 2.585 kg. suami disisi setia menanti..dr laila juga ada untuk menyambut sama..dr laila minta suami potong tali pusat baby..lega rasanya..semua kesakitan hilang sekelip mata..dr laila jahit pon tak terasa . eiiman betul-betul iras kakaknya, nurul erryna ramadhani.

terima kasih semua atas doa dan ucapan..alhamdulillah ibu dan anak sihat dan kini telah berada di rumah tok mama untuk tempoh berpantang.


ibu: sangat suka masakan dalam berpantang..tak sabar rasanya menjalani tempoh berpantang kali ni...rasanya agak mencabar dgn kehadiran erryna dan eiiman.