our anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 11, 2009

peristiwa

semalam petang dapat berita yang mak andak dimasukkan ke hospital akibat kencing manis..kaki kanannya dah dijangkiti kuman..mudah2han ianya tidaklah serius..insyaAllah, ada kelapangan kami akan melawat mak andak di HSA.

pagi tadi, terima berita sedih dari adik..ayah kepada J (kawan kami) meninggal dunia..baru semalam kami ke restoran ecah cik kecah bersama J dan isteri..mudah2han J dan keluarga redha dengan pemergian itu. ayah J juga telah lama sakit..sudah tiba masanya untuk dia kembali kepada penciptaNYA..

sesungguhnya ALLAH ada perancanganNYA sendiri..harapnya selepas ini J dapat berusaha kembali mencari rezeki bagi keluarga setelah lama berehat menjaga ayahnya yang uzur itu..iringilah pemergian ayahnya dengan doa agar ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan beriman. Al-fatihah..

salam takziah buat kedua-dua keluarga..

~sesungguhnya dalam mengejar kesibukan dunia, jangan dilupa kewajipan kepadaNYA sebagai bekalan untuk akhirat..

Thursday, September 10, 2009

supplement

anda makan supplement? tak kisah la dari jenis dan jenama apa pon..persoalannya makan atau tidak??

me??
baru nak berjinak-jinak dengan dunia supplement ni..bukan untuk jual tapi untuk makan sendiri..

jenuh mama bercerita dan memujuk suruh makan supplement..baru hari ini terbuka hati nak makan..

itupon setelah tidak sengaja ke blog kak N, dengan cerita dan informasi lengkap yang diberikan , hati kecilku tergerak nak bertanya melalui email ke ibu addinasa ini..

dan setelah berbalas2 email, kak N call saya utk memberikan informasi lanjut (consultation la gamaknya)..mengenai supplement ini. best dengar kak N berceloteh psl hal ini..banyak gossip  informasi yang diterima membuatkan hati ku tak sabar untuk mendapatkan supplement dari shaklee ini.

tunggu next entry ok..bila yana dah try product shaklee ni..

~mama, dengan riang hati anak mama akhirnya akan makan supplement utk kualiti kesihatan diri..semoga mama juga senang hati dengan berita ini.

Wednesday, September 9, 2009

jalan-jalan ke KL

last weekend kami ke Kuala Lumpur..jalan-jalan dgn my family besar..mama,baba,wan,ecah,me,hubby,erryna, ayik, ayap (semua ada kecuali aiman).

stay at Duta Vista (apartment 2 bilik) sponsored by Wan (my eldest bro)...objektif ke sana sebenarnya nak amik barang2 berniaga ecah cik kecah..sambil tu jengah2 la mana2 lokasi yang berkenan untuk membeli belah..=)
shopping raya?? takdelah shopping sakan tapi adalah sikit2 tu..

berbuka dan sahur?? merata tempat..wira hotel,quality hotel,kensom jln chow kit..

ahad kami singgah ke jalan TAR dan SOGO (mama,baba,me, hubby n erryna)...terlalu sesak dan padat dgn lautan manusia yang membeli belah hari tu..adalah spend dlm 3 hours jalan2 kat situ..dan another hour utk tunggu ayap amik kami ke lokasi berbuka..(budak ni mmg selalu lambat)

oh ye..semasa kat sogo terserempak dengan wir (my classmate-sigs)..wah!! dh 6 bulan pregnant rupanya..sekejap betul masa berlalu..rasanya baru je pegi wedding wir @ kulai..
yana doakan mudah2an wir dan kandungan sentiasa sihat...

kami bertolak balik jb lepas berbuka..
gambar?? xsempat ambil gambar sbb bateri camera low dan keadaan ku yang kalut sibuk betul uruskan anak-anak (alasan)

Friday, September 4, 2009

blog saya?

ramai tanya pasal blog saya tapi saya tak pernah link atau beri my blog address kepada mereka...kenapa eyk??

saya pon tak tau kenapa...rasanya lepas ni saya kenalah letak/link blog saya ni ke mana-mana..untuk dikongsi bersama.

mereka kata buat apa ber"blog"ing tapi xde reader dan orang xtau??

~ibu xpernah rasa mcm tu pulak..walaupun ibu adalah pembaca blog tegar...hehehheh

Tuesday, September 1, 2009

erryna 1st birthday!!



happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to erryna
happy birthday to you

hari ini genap setahun kelahiran erryna..bagai xsedar masa berlalu dengan pantas..erryna kini setahun usianya..bermakna setahun aku berjaya menyusukan anakku dengan susu ibu..alhamdulillah..

unplanned birthday party..xsangka niat utk menyambut bersama keluarga bertukar menjadi mini birthday party..xpanggil ramai pon cuma jiran-jiran, keluarga kecil kami serta kawan hubby yang mmg tiap2 malam ada dok borak2 kat depan rumah...ehehehheh

lepas buka sempat la goreng macaroni untuk hidangan...plus goreng nugget,mini hotdog n fries...tok mama buatkan custard puding..(lupa la nak amik gambar food)

sebenarnya, saya dan abang plan utk mengadakan 1st birthday bash erryna pada hari raya aidilfitri nanti..tapi rezeki erryna agaknya..dapatlah buat mini birthday party sempena birthday erryna hari ni...insyaALLAH, kalau panjang umur murah rezeki nanti hari raya ayah n ibu plan betul2 for your 1st birthday bash eh erryna...kita panggil saudara-mara lain k...terutama warga melor28.

antara gambar yang sempat diambil...

cake coklat fudgy with strawberry shortcake..


last minute deco...

happy birthday sayang!!


with other kids..



antara yang hadir sama..


si kecil ibu...

nota ibu:
erryna setahun-
  • sudah pandai jalan..nak belajar berlari pulak
  • dh pandai ckp ayah, dah (sudah), mama,car,air,susu,bu,..etc
  • dah pandai minta adik main dengan rakan sebaya
  • faham dan kenal dgn orang sekeliling..
  • suka baca buku
  • suka tgk cerita noddy, mari mengaji, upin ipin dan strawberry shortcake
  • masih minum susu ibu
  • dah pandai nak makan sendiri
  • suka bersiar-siar
  • pandai angkat tangan baca doa
  • suka ballon..
  • suka binatang esp cat, chicken, fish etc
  • suka ikut + tiru ibu bagi makan ikan
  • dah pandai salam orang
  • gigi dah ada 4 batang..2 lagi coming soon
dan banyak lagi la.......
~ibu gembira...sangat2 gembira dengan kehadiranmu sayang..
semoga anak ibu membesar dengan sihat dan dalam lindunganNYA..amin

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka!!

Salam merdeka buat semua warga malaysia!!

semoga MALAYSIA tercinta terus aman , makmur & harmoni..dengan pembangunan ummah, teknologi dan ekonomi

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

~sudah 52 tahun negara kita MERDEKA...

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran kata mahupon perbuatan. Semoga Ramadhan yang tiba menjadikan kita seorang yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Selamat menjalani ibadah puasa dan bertarawih...Rebutlah segala peluang dan kelebihan yang ada sempena Ramadhan ini.



ikhlas dari :

yana's family

Wednesday, August 12, 2009

mengemas...

dah seminggu pc office ada problem...kena transfer semua data sbb nak re-format balik...
hari ni baru siap transfer semua data ke notebook...dan proses mengemas meja bermula...
aduh..ni belum suruh buat 5'S lagi..ada byk nak kena kemas,buang,filing dll...

ada sesiapa yang ingin membantu???
hehehehhehe....

Sunday, August 9, 2009

hari minggu....

hari minggu ni lps gi kenduri kahwin kat depan rumah...bawak mama plak gi tgk pesta orkid @ Danga Bay. Gila ramai orang..xsanggup nak turun + erryna pon dh t'tdo, so mama n ayik je yang pegi layan bunga2 orkid tu..

after pegi Pesta Orkid, abang bwk gi makan sup di Pasar Tebrau..kat sini memang famous dengan sup..aneka sup-ekor,lidah,urat,etc.1st time try sup urat..hmmm, xberapa gemar walaupon ramai yang ckp sedap. time makan erryna sibuk ajak jalan2..nak tgk LONGKANG!! adoii...apakah xde benda lain ke nak tgk sayang...

actually, bukan LONGKANG yang menarik minat erryna tapi...air yang mengalir ke longkang tu..suka betul !! erryna & air memang xboleh jauh...=D

lepas makan, plan nak balik rumah terus..tapi melencong skejap ke pasar malam berdekatan stadium larkin..ramai + macam2 ada..sempatlah erryna pow ayah beli balloon pooh. gembira riang ria sungguh bila dapat ballon tu eh...

that's enuff for this sunday activity, lotih dah ibu..xlarat nk jalan2 lagi dengan BAJU KURUNG ni.
kalau la ku tau banyak tempat nk pegi sure dah bawak baju utk salin...redha je la!!

~ibu sangat suka bersiar-siar bersama keluarga

Tuesday, August 4, 2009

jalan dah..

11 months old..
my lil princess dah mula berjalan..a few steps ahead..jalan..jalan..jatuh
erryna suka bila disuruh berjalan mcm ni..(untuk stamina sebelum jalan jauh =D)

Monday, July 27, 2009

kenduri dan baju kurung

last nite, keluarga suami buat kenduri arwah dan doa selamat sempena menyambut Ramadhan...kebetulan mak ngah nak turun JB, so atok decide nak buat kenduri sekali..


menu: nasi ambang (di bawa pulang), stew kambing, mee rebus, soto, kuih-muih


saya sgt teruja sbb nak pakaikan erryna baju kurung yang ditempah dengan mak Hidaya hari tu...setakat ni dah 3 pasang koleksi baju kurung erryna.


nak tengok erryna bergaya dgn baju kurung??


scroll bawah...




















erryna with mummy..
si kecil monyok sbb baru bangun tdo..


macam mengaji kan!!
gambar ni semasa 1st try baju kurung slps siap dijahit

comel x??

Sunday, June 7, 2009

jusco and mcd

hari ni saya amik cuti sbb mama nk ke Pontian sempena my cousin,Farah, wedding.

so plan with hubby nak pergi cari present utk Farah's and Ene's wedding...after solat jumaat, kami decided nak ke JUSCO TEBRAU sahaja. .ucu Aiman pon ikut sekali (my youngest bro)

sedikit info psl wedding:
Farah wedding on 6/6/09 @ Pontian, Johor
- Farah ni sepupu sebelah mama..anak kepada mak mi. bertambahlah ahli keluarga melor 28!!

Ene's wedding on 8/6/09 @ Dewan Perdana Felda, KL
- my housemate sewaktu di Cyberjaya...mmg nak sgt pegi wedding ni sbb nak jumpa kawan2 yang dah lama gila xjumpa...sejak saya kahwin dan dah ada erryna ni..

lepas dapat apa yang kami cari, kami ke McD...sbb ucu beriya ajak makan McD..
erryna 1st time @ McD, kami bagi makan french fries shj...

some pics @ McD

that's all for now...chiow!!

Monday, April 20, 2009

CSM team building @ Penyabong

entry ni dah lama terperok dalam draft folder..dan banyak lagi entry lain...

18 -19/4/09 ,
saya ke Pantai Penyabong, Mersing untuk team building CSM TM Johor. As agreed with boss, saya bawak family sekali (kos sendiri) sbb xtertahan rasa hati nk tinggalkan erryna n hubby walaupon utk 2 hari 1 malam shj...(mengada x??)
best n enjoy!! this 2 word betul2 menggambarkan perasaan dan suasana aktiviti sepanjang program ini berjalan.even my hubby pon seronok...apatah lagi si kecil erryna yang dapat mandi kolam buat pertama kali..(sayang xsempat amik gambar =( )

yang paling best waktu jungle tracking..betul2 mencabar..tapi yang kelakarnya urusetia yang sesat..xsampai ke checkpoint yang sepatutnya..(habis kena gelak sakan dgn budak2)...

makanan?? sedap boleh tahan....
penginapan?? selesa
aktiviti?? seronok
pemandangan?? cantik ooo..

banyak sebenarnya nak cerita tapi..nanti lebih lama terperap kat folder draft..so cukupla kot cerita ni...


si kecil keletihan dalam perjalanan

pantai penyabong


baby erryna


si kecil n ayah sempat meninjau bot org balik mancing


me with daya n ifa

penyampaian hadiah n penutup..


waktu nak balik


ibu n anak
~ibu rasa keropok lekor kat mersing ni memang "terbaik"....

Sunday, March 29, 2009

RED flag

ouh..dia dah datang dah..selepas setahun setengah berehat panjang..
welcome back my best friend!!

~lepas ni, ibu kena tambah kos belanja utk kwn ibu ni dalam monthly budget

Thursday, January 1, 2009

happy new year

happy new year to all!!
may this coming year 2009 bring us joy, happiness and love
regards
ellyana