my lil prince, Eiiman, should go for minor surgery on 17th june due to hernia..
What is HERNIA?
will blog about it later...
not to worry cause its just minor surgery....
besides my lil hero is really cool..relax..
ayah eiiman juga cool...
suppose i should not feel worry about that..
tapi biasalah emosi ibu selalunya lebih dr semua...
juga emosi kakak erryna... hehehhe
kakak kata doktor tu jahatlah nak operate adik eiiman...
hmmm..emosi perempuan memang begitu...
fikiran ibu bercelaru memikirkan hal ini &
preparation for 1st birthday bash Eiiman on 4th June ini...
hopefully both will success..
Tuesday, May 31, 2011
Monday, May 30, 2011
1 year old
dear eiiman sayang,
happy 1st birthday!
semoga Eiiman menjadi anak yang soleh..taat akan ibu ayahmu..
mudah mudahan hidupmu diberkati Allah sayang...
pengalaman mengandung, melahirkan, menyusukan & membesarkanmu tidak akan luput dari ingatan ibu..
itulah kenangan terindah dalam ikatan kita berdua sayang..
eiiman,
andai satu hari eiiman baca entry ini, ketahuilah bahawa hadirmu menggembirakan kami semua..
ibu, ayah, kakak erryna dan seluruh keluarga amat menyayangimu
membesarkanmu nyata mudah..ragammu masih menghiburkan..sifat manjamu takkan dilupakan...
eiiman,
doa ibu sentiasa mengiringimu..
ingatlah..ibu akan selalu disisi mu..saat jatuh bangunmu...saat suka dan dukamu..
ibu sayangkan kamu sama seperti ibu sayangkan kakakmu, erryna..
kasih ibu buat kalian berdua tidak berbelah bagi..tiada yang terlebih mahupun terkurang kerana kalian lahir dari kandungan ibu yang satu...
selamat hari ulangtahun yang pertama sayang!!

Friday, May 27, 2011
Pengurusan EBM
Masih berkisar mengenai susu ibu, dan kali ini saya ingin kongsikan pengetahuan yang ada dalam pengurusan EBM.
Banyak ke stok EBM saya??
Semasa melewati pengalaman menyusukan erryna- YES stok EBM saya banyak dan terlebih-lebih. Rahsianya adalah passion with pumping session.
Walaubagaimanapun, penyusuan bersama erryna + eiiman, saya tidak mempunyai stok EBM sebanyak semasa penyusuan bersama erryna. Tetapi masih lagi mempunyai stok sekurang-kurang jika saya terpaksa pulang lewat, eiiman masih mempunyai bekalan EBM yang mencukupi.
Bagaimana menguruskan EBM?
Ramai para ibu/bakal ibu yang masih ragu-ragu dalam menguruskan EBM.
Ada yang berkata SUSAH, LECEH dan sebagainya.
Sebenarnya, jika kita faham keseluruhan konsep breastfeeding dan jika niat itu ikhlas ingin menyusukan bayi anda dengan susu yang TERBAIK , perkara yang dianggap susah & leceh itu pasti lebih MUDAH.
Disini saya sertakan beberapa tips / cara pengurusan EBM yang dipraktikkan oleh saya sepanjang hampir 3 tahun menyusukan puteri & putera hati kami:
1. Sediakan bekas susu & tempat penyimpanan yang sesuai
Boleh rujuk entry terdahulu- bekas penyimpanan berbagai jenis kini banyak terdapat di pasaran. Pilih sahaja yang bersesuai dengan kehendak anda dan yang penting ianya praktikal untuk anda & pengasuh- kerana mereka inilah yang akan menguruskan EBM untuk bayi anda.
Tentukan peti sejuk yang akan digunakan untuk menyimpan stok EBM anda. Peti sejuk yang ada di rumah anda juga memadai.
2. Tandakan / label tarikh dan masa EBM diperah
EBM anda tiada sebarang pengawet = isnya mudah basi! Pastikan anda melabel setiap EBM yang disimpan di dalam bekas supaya ianya memudahkan anda menguruskan EBM anda.
3. Konsep menggunakan EBM
Konsep?? Saja buat ayat gempak.hihihiih.Untuk penyimpanan EBM, kita gunakan konsep FIFO – First In First Out. Simpan EBM yang baru diperah di bahagian dalam peti sejuk. Keluarkan dahulu EBM yang terdahulu diperah.
Tetapi ingat- jangan semata-mata beri bayi anda EBM yang lama kerana zat di dalamnya tidak sama dengan EBM yang baru diperah.
Contoh:
Andaikan bayi anda minum 5 kali dengan setiap kali susu = 2oz ketika bersama-sama pengasuh
EBM yang diperolehi semasa di pejabat = 8oz (4 bekas dengan 2 oz setiapnya).
Simpan 2 bekas EBM di bahagian peti sejuk biasa untuk kegunaan esok hari , 2 lagi dibahagian beku.
Ambil baki 3 bekas lagi dari EBM beku terdahulu untuk menjadikannya 5 bekas EBM bagi bayi anda esok hari.
4. Faham jangka hayat EBM –tempoh penyimpanan
5. Faham dan tahu cara-cara menyediakan EBM untuk bayi anda
• Stok EBM beku boleh dicairkan (thaw) dengan meletakkannya di peti sejuk bahagian bawah (fridge) pada sebelah malamnya.
• EBM beku juga boleh dicairkan dengan merendamkannya dalam air paip
• panaskan EBM sebelum diberikan kepada bayi dengan cara merendamkan ia dgn air panas suam atau warmer
• EBM yang dicairkan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam
• EBM yang sudah dipanaskan hendaklah dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 jam
• EBM yang sudah diminum, tidak boleh disimpan semula
• EBM yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
INGAT!!
JANGAN memanaskan EBM dengan microwave ataupun memanaskannya secara terus. Memanaskan secara terus boleh memusnahkan zat-zatnya dan microwave menyebabkan hotsot yang boleh mencederakan lidah bayi
JANGAN biarkan EBM cair dengan sendirinya atau membiarkannya dalam suhu bilik
JANGAN menggoncang EBM kerana ia boleh memusnahkan ikatan molekul susu. Memadai dengan menggoncangkan secara perlahan-lahan.

Subscribe to:
Comments (Atom)