our anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 11, 2009

peristiwa

semalam petang dapat berita yang mak andak dimasukkan ke hospital akibat kencing manis..kaki kanannya dah dijangkiti kuman..mudah2han ianya tidaklah serius..insyaAllah, ada kelapangan kami akan melawat mak andak di HSA.

pagi tadi, terima berita sedih dari adik..ayah kepada J (kawan kami) meninggal dunia..baru semalam kami ke restoran ecah cik kecah bersama J dan isteri..mudah2han J dan keluarga redha dengan pemergian itu. ayah J juga telah lama sakit..sudah tiba masanya untuk dia kembali kepada penciptaNYA..

sesungguhnya ALLAH ada perancanganNYA sendiri..harapnya selepas ini J dapat berusaha kembali mencari rezeki bagi keluarga setelah lama berehat menjaga ayahnya yang uzur itu..iringilah pemergian ayahnya dengan doa agar ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan beriman. Al-fatihah..

salam takziah buat kedua-dua keluarga..

~sesungguhnya dalam mengejar kesibukan dunia, jangan dilupa kewajipan kepadaNYA sebagai bekalan untuk akhirat..

Thursday, September 10, 2009

supplement

anda makan supplement? tak kisah la dari jenis dan jenama apa pon..persoalannya makan atau tidak??

me??
baru nak berjinak-jinak dengan dunia supplement ni..bukan untuk jual tapi untuk makan sendiri..

jenuh mama bercerita dan memujuk suruh makan supplement..baru hari ini terbuka hati nak makan..

itupon setelah tidak sengaja ke blog kak N, dengan cerita dan informasi lengkap yang diberikan , hati kecilku tergerak nak bertanya melalui email ke ibu addinasa ini..

dan setelah berbalas2 email, kak N call saya utk memberikan informasi lanjut (consultation la gamaknya)..mengenai supplement ini. best dengar kak N berceloteh psl hal ini..banyak gossip  informasi yang diterima membuatkan hati ku tak sabar untuk mendapatkan supplement dari shaklee ini.

tunggu next entry ok..bila yana dah try product shaklee ni..

~mama, dengan riang hati anak mama akhirnya akan makan supplement utk kualiti kesihatan diri..semoga mama juga senang hati dengan berita ini.

Wednesday, September 9, 2009

jalan-jalan ke KL

last weekend kami ke Kuala Lumpur..jalan-jalan dgn my family besar..mama,baba,wan,ecah,me,hubby,erryna, ayik, ayap (semua ada kecuali aiman).

stay at Duta Vista (apartment 2 bilik) sponsored by Wan (my eldest bro)...objektif ke sana sebenarnya nak amik barang2 berniaga ecah cik kecah..sambil tu jengah2 la mana2 lokasi yang berkenan untuk membeli belah..=)
shopping raya?? takdelah shopping sakan tapi adalah sikit2 tu..

berbuka dan sahur?? merata tempat..wira hotel,quality hotel,kensom jln chow kit..

ahad kami singgah ke jalan TAR dan SOGO (mama,baba,me, hubby n erryna)...terlalu sesak dan padat dgn lautan manusia yang membeli belah hari tu..adalah spend dlm 3 hours jalan2 kat situ..dan another hour utk tunggu ayap amik kami ke lokasi berbuka..(budak ni mmg selalu lambat)

oh ye..semasa kat sogo terserempak dengan wir (my classmate-sigs)..wah!! dh 6 bulan pregnant rupanya..sekejap betul masa berlalu..rasanya baru je pegi wedding wir @ kulai..
yana doakan mudah2an wir dan kandungan sentiasa sihat...

kami bertolak balik jb lepas berbuka..
gambar?? xsempat ambil gambar sbb bateri camera low dan keadaan ku yang kalut sibuk betul uruskan anak-anak (alasan)

Friday, September 4, 2009

blog saya?

ramai tanya pasal blog saya tapi saya tak pernah link atau beri my blog address kepada mereka...kenapa eyk??

saya pon tak tau kenapa...rasanya lepas ni saya kenalah letak/link blog saya ni ke mana-mana..untuk dikongsi bersama.

mereka kata buat apa ber"blog"ing tapi xde reader dan orang xtau??

~ibu xpernah rasa mcm tu pulak..walaupun ibu adalah pembaca blog tegar...hehehheh

Tuesday, September 1, 2009

erryna 1st birthday!!



happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to erryna
happy birthday to you

hari ini genap setahun kelahiran erryna..bagai xsedar masa berlalu dengan pantas..erryna kini setahun usianya..bermakna setahun aku berjaya menyusukan anakku dengan susu ibu..alhamdulillah..

unplanned birthday party..xsangka niat utk menyambut bersama keluarga bertukar menjadi mini birthday party..xpanggil ramai pon cuma jiran-jiran, keluarga kecil kami serta kawan hubby yang mmg tiap2 malam ada dok borak2 kat depan rumah...ehehehheh

lepas buka sempat la goreng macaroni untuk hidangan...plus goreng nugget,mini hotdog n fries...tok mama buatkan custard puding..(lupa la nak amik gambar food)

sebenarnya, saya dan abang plan utk mengadakan 1st birthday bash erryna pada hari raya aidilfitri nanti..tapi rezeki erryna agaknya..dapatlah buat mini birthday party sempena birthday erryna hari ni...insyaALLAH, kalau panjang umur murah rezeki nanti hari raya ayah n ibu plan betul2 for your 1st birthday bash eh erryna...kita panggil saudara-mara lain k...terutama warga melor28.

antara gambar yang sempat diambil...

cake coklat fudgy with strawberry shortcake..


last minute deco...

happy birthday sayang!!


with other kids..



antara yang hadir sama..


si kecil ibu...

nota ibu:
erryna setahun-
  • sudah pandai jalan..nak belajar berlari pulak
  • dh pandai ckp ayah, dah (sudah), mama,car,air,susu,bu,..etc
  • dah pandai minta adik main dengan rakan sebaya
  • faham dan kenal dgn orang sekeliling..
  • suka baca buku
  • suka tgk cerita noddy, mari mengaji, upin ipin dan strawberry shortcake
  • masih minum susu ibu
  • dah pandai nak makan sendiri
  • suka bersiar-siar
  • pandai angkat tangan baca doa
  • suka ballon..
  • suka binatang esp cat, chicken, fish etc
  • suka ikut + tiru ibu bagi makan ikan
  • dah pandai salam orang
  • gigi dah ada 4 batang..2 lagi coming soon
dan banyak lagi la.......
~ibu gembira...sangat2 gembira dengan kehadiranmu sayang..
semoga anak ibu membesar dengan sihat dan dalam lindunganNYA..amin