our anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 1, 2009

erryna 1st birthday!!



happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to erryna
happy birthday to you

hari ini genap setahun kelahiran erryna..bagai xsedar masa berlalu dengan pantas..erryna kini setahun usianya..bermakna setahun aku berjaya menyusukan anakku dengan susu ibu..alhamdulillah..

unplanned birthday party..xsangka niat utk menyambut bersama keluarga bertukar menjadi mini birthday party..xpanggil ramai pon cuma jiran-jiran, keluarga kecil kami serta kawan hubby yang mmg tiap2 malam ada dok borak2 kat depan rumah...ehehehheh

lepas buka sempat la goreng macaroni untuk hidangan...plus goreng nugget,mini hotdog n fries...tok mama buatkan custard puding..(lupa la nak amik gambar food)

sebenarnya, saya dan abang plan utk mengadakan 1st birthday bash erryna pada hari raya aidilfitri nanti..tapi rezeki erryna agaknya..dapatlah buat mini birthday party sempena birthday erryna hari ni...insyaALLAH, kalau panjang umur murah rezeki nanti hari raya ayah n ibu plan betul2 for your 1st birthday bash eh erryna...kita panggil saudara-mara lain k...terutama warga melor28.

antara gambar yang sempat diambil...

cake coklat fudgy with strawberry shortcake..


last minute deco...

happy birthday sayang!!


with other kids..



antara yang hadir sama..


si kecil ibu...

nota ibu:
erryna setahun-
  • sudah pandai jalan..nak belajar berlari pulak
  • dh pandai ckp ayah, dah (sudah), mama,car,air,susu,bu,..etc
  • dah pandai minta adik main dengan rakan sebaya
  • faham dan kenal dgn orang sekeliling..
  • suka baca buku
  • suka tgk cerita noddy, mari mengaji, upin ipin dan strawberry shortcake
  • masih minum susu ibu
  • dah pandai nak makan sendiri
  • suka bersiar-siar
  • pandai angkat tangan baca doa
  • suka ballon..
  • suka binatang esp cat, chicken, fish etc
  • suka ikut + tiru ibu bagi makan ikan
  • dah pandai salam orang
  • gigi dah ada 4 batang..2 lagi coming soon
dan banyak lagi la.......
~ibu gembira...sangat2 gembira dengan kehadiranmu sayang..
semoga anak ibu membesar dengan sihat dan dalam lindunganNYA..amin

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka!!

Salam merdeka buat semua warga malaysia!!

semoga MALAYSIA tercinta terus aman , makmur & harmoni..dengan pembangunan ummah, teknologi dan ekonomi

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

~sudah 52 tahun negara kita MERDEKA...

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran kata mahupon perbuatan. Semoga Ramadhan yang tiba menjadikan kita seorang yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Selamat menjalani ibadah puasa dan bertarawih...Rebutlah segala peluang dan kelebihan yang ada sempena Ramadhan ini.



ikhlas dari :

yana's family

Wednesday, August 12, 2009

mengemas...

dah seminggu pc office ada problem...kena transfer semua data sbb nak re-format balik...
hari ni baru siap transfer semua data ke notebook...dan proses mengemas meja bermula...
aduh..ni belum suruh buat 5'S lagi..ada byk nak kena kemas,buang,filing dll...

ada sesiapa yang ingin membantu???
hehehehhehe....

Sunday, August 9, 2009

hari minggu....

hari minggu ni lps gi kenduri kahwin kat depan rumah...bawak mama plak gi tgk pesta orkid @ Danga Bay. Gila ramai orang..xsanggup nak turun + erryna pon dh t'tdo, so mama n ayik je yang pegi layan bunga2 orkid tu..

after pegi Pesta Orkid, abang bwk gi makan sup di Pasar Tebrau..kat sini memang famous dengan sup..aneka sup-ekor,lidah,urat,etc.1st time try sup urat..hmmm, xberapa gemar walaupon ramai yang ckp sedap. time makan erryna sibuk ajak jalan2..nak tgk LONGKANG!! adoii...apakah xde benda lain ke nak tgk sayang...

actually, bukan LONGKANG yang menarik minat erryna tapi...air yang mengalir ke longkang tu..suka betul !! erryna & air memang xboleh jauh...=D

lepas makan, plan nak balik rumah terus..tapi melencong skejap ke pasar malam berdekatan stadium larkin..ramai + macam2 ada..sempatlah erryna pow ayah beli balloon pooh. gembira riang ria sungguh bila dapat ballon tu eh...

that's enuff for this sunday activity, lotih dah ibu..xlarat nk jalan2 lagi dengan BAJU KURUNG ni.
kalau la ku tau banyak tempat nk pegi sure dah bawak baju utk salin...redha je la!!

~ibu sangat suka bersiar-siar bersama keluarga

Tuesday, August 4, 2009

jalan dah..

11 months old..
my lil princess dah mula berjalan..a few steps ahead..jalan..jalan..jatuh
erryna suka bila disuruh berjalan mcm ni..(untuk stamina sebelum jalan jauh =D)

Monday, July 27, 2009

kenduri dan baju kurung

last nite, keluarga suami buat kenduri arwah dan doa selamat sempena menyambut Ramadhan...kebetulan mak ngah nak turun JB, so atok decide nak buat kenduri sekali..


menu: nasi ambang (di bawa pulang), stew kambing, mee rebus, soto, kuih-muih


saya sgt teruja sbb nak pakaikan erryna baju kurung yang ditempah dengan mak Hidaya hari tu...setakat ni dah 3 pasang koleksi baju kurung erryna.


nak tengok erryna bergaya dgn baju kurung??


scroll bawah...




















erryna with mummy..
si kecil monyok sbb baru bangun tdo..


macam mengaji kan!!
gambar ni semasa 1st try baju kurung slps siap dijahit

comel x??