our anniversary

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label precious erryna. Show all posts
Showing posts with label precious erryna. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

re-union

event: SIGS re-union
date : 13th February 2010
time : 8.00pm - 11.00pm
venue : M-Suite Hotel
theme: Glam Rock..

mula-mula, malas nak join this re-union since ramai pon yang xboleh attend..tapi dek kerana pujukan mrs farah yang beria-ria ajak i..so i pon cakap OK with 1 condition: i boleh bawak sama my lil princess coz takde siapa nak jaga. my mum kat Kluang..nak tinggal dgn MIL i xconfident sbb mlm2 b4 tdo erryna mesti cari susu...(yes! i'm still breastfeed my lil princess..=D). kalau siang ok kot.

since d organizer pon beri green light utk i bawa erryna..so i pon join je la..ye la after 10 years since our last gathering masa amik result SPM..eheh lama tu.

mula-mula tema majlis adalah GLAMOUR..suddenly 2 hari before event dah bertukar jadi GLAM ROCK. bagi ibu mengandung ni..apa lagi nak pakai kalau bukan jeans..janji ROCK!! nak glamour tang mana lagi...heheh

mlm tu my family wearing BLACK + JEANS..yeah!! we enjoy the dinner and the games etc..cuma kurang fun sbb kurang orang..xramai pon yg join d re-union.

antara gambar sepanjang majlis tersebut:


ibu: balik dari re-union, kami sempat singgah ke Danga Bay hanya untuk bawa our lil princess naik choo choo train..ehehhehe. seronok!! seronok!! seronok!!

jatuh

my princess erryna jatuh and bengkak + benjol di dahi.

last monday, kami sekeluarga ke majlis kahwin cucu saudara atuk sebelah hubby...datang pon dah petang around 4 pm..after makan2 ...erryna nak BANANA...she really2 like banana...so my hubby dah pesan kat i minta i pegang erryna - erryna berdiri di atas kerusi sementara dia pergi ambil BANANA..and YES!! saya memang pegang erryna until my hubby datang semula dengan BANANA di tangan...slps buang kulit etc, i assume yang my hubby ni akan pegang la erryna when he pass the banana to our lil princess..

yang i pulak..gatal2 lepas tangan and tolak kulit BANANA tu kedepan sedikit (kononnya jauh dari meja)...and suddenly...my hubby jerit..ERRYNA!! our lil princess jatuh ke bawah yang mana ianya adalah batu2 TAR..(bukan jalan TAR yg kat KL tu ye). berderau darah ibu dengan penuh penyesalan kerana leka dan alpa melepaskan tangan dari pegangan erryna..apalagi menangis sekuat hati si kecil tu dengan lebam dan bengkak yang agak BESAR PUNYA...

i minta my hubby ambilkan ais utk dituam pada dahi erryna supaya bengkak tu susut sedikit..and we decide to bawa erryna to our panel clinic for further check up..risau tahap gaban...walaupon erryna sekejap je nangis and looked ok ..ibu ayah tetap risau..kepala nak oiii..dah banyak kali anak ibu sorang ni jatuh + terhantuk di dahi...mentang2 la luas betul dahinya...

erryna ok..mulut maintain riuh..dan berlari ke sana sini semasa kami di klinik..and doktor just cuci luka di dahi dan bagi krim utk kurangkan bengkak + ubat tahan sakit/demam. doktor kata nothing serious and erryna pon xde muntah selepas 1 hour dari tragedi malang itu.. Thank You ALLAH!! lega sedikit hati bila dengar kata doktor tu...

to my lovely princess,
i'm really2 sorry..ibu leka sehingga erryna jatuh. ibu sangka ayah akan pegang erryna..ibu alpa. ibu seharusnya jaga erryna...ibu tau anak ibu sakit..ibu minta maaf nak..insyaALLAH, ibu takkan leka lagi.

to ayah (my hubby),
ibu minta maaf ..ibu xjaga anak kita dgn baik..ibu leka..i'm really sorry sayang..

ibu: sungguh ianya benar-benar merobek hati dek kerana kealpaan sendiri. walaupon kecil..impaknya tetap besar.

Thursday, January 28, 2010

lil princess @ my office

today,
after lunch..pick up my lil princess at tok mama's house..
tok mama nk gi visit orang meninggal..so erryna will follow me to office until tok baba fetch her after the visit.

erryna?? so excited nak follow ibu ke office..
biasalah..lil princess sorang ni ramah..after salam dgn semua org..bukak book..main belon..bear..etc
office dah macam kat rumah..dgn mulut riuh panggil auntie sana sini...
ajak tulis ABC etc..
seronok la dia bila dilayan...and almost 1 hour she spend time in my office

so..next time nak follow ibu lagi ke??
hehehehehheh

ibu: gambar telatah erryna @ office will upload later..
xbanyak pon...2 keping je. =)

Friday, January 22, 2010

sensitif

cerita semalam...
balik lunch mama cerita..(lunch time mesti balik rumah..melainkan ada hal - meeting etc)
mama : "akak, next time jgn tinggalkan getah rambut dalam beg tu"
me : " kenapa ma?"
mama: " erryna nampak je getah rambut tu..siap nangis2 sebut ibu..ibu..ibu...dgn sedu sedannya.."; " kesian mama tgk"

(dalam hati)
alahai anak ibu sorang ni...dah pandai emo..rindu ibu ke?

hmm..erryna mmg mcm tu..penyedih/ sensitif budaknya...especially bila...
a) dgr lagu dr iklan nespray.."ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...lalala", erryna dah cebik..cari2 ibunya.
kalau erryna nakal xleh dok diam..ayah die nyanyi lagu ni je terus diam cebik2...
b) bila tgk iklan mangsa gempa yg tunjuk anak-anak kelaparan dan menangis kesakitan pon erryna dah cebik2..sedu sedan..walaupon xde airmata..

kata ayah...yang ni mmg ikut ibu..cengeng/penyedih.. (apakah itu)
correction: sensitif okay..

nota:
a)beg tu - beg yg i selalu bawa bila hntar erryna kat umah mama consist of my baju, erryna accesories etc)

Tuesday, September 1, 2009

erryna 1st birthday!!



happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to erryna
happy birthday to you

hari ini genap setahun kelahiran erryna..bagai xsedar masa berlalu dengan pantas..erryna kini setahun usianya..bermakna setahun aku berjaya menyusukan anakku dengan susu ibu..alhamdulillah..

unplanned birthday party..xsangka niat utk menyambut bersama keluarga bertukar menjadi mini birthday party..xpanggil ramai pon cuma jiran-jiran, keluarga kecil kami serta kawan hubby yang mmg tiap2 malam ada dok borak2 kat depan rumah...ehehehheh

lepas buka sempat la goreng macaroni untuk hidangan...plus goreng nugget,mini hotdog n fries...tok mama buatkan custard puding..(lupa la nak amik gambar food)

sebenarnya, saya dan abang plan utk mengadakan 1st birthday bash erryna pada hari raya aidilfitri nanti..tapi rezeki erryna agaknya..dapatlah buat mini birthday party sempena birthday erryna hari ni...insyaALLAH, kalau panjang umur murah rezeki nanti hari raya ayah n ibu plan betul2 for your 1st birthday bash eh erryna...kita panggil saudara-mara lain k...terutama warga melor28.

antara gambar yang sempat diambil...

cake coklat fudgy with strawberry shortcake..


last minute deco...

happy birthday sayang!!


with other kids..



antara yang hadir sama..


si kecil ibu...

nota ibu:
erryna setahun-
  • sudah pandai jalan..nak belajar berlari pulak
  • dh pandai ckp ayah, dah (sudah), mama,car,air,susu,bu,..etc
  • dah pandai minta adik main dengan rakan sebaya
  • faham dan kenal dgn orang sekeliling..
  • suka baca buku
  • suka tgk cerita noddy, mari mengaji, upin ipin dan strawberry shortcake
  • masih minum susu ibu
  • dah pandai nak makan sendiri
  • suka bersiar-siar
  • pandai angkat tangan baca doa
  • suka ballon..
  • suka binatang esp cat, chicken, fish etc
  • suka ikut + tiru ibu bagi makan ikan
  • dah pandai salam orang
  • gigi dah ada 4 batang..2 lagi coming soon
dan banyak lagi la.......
~ibu gembira...sangat2 gembira dengan kehadiranmu sayang..
semoga anak ibu membesar dengan sihat dan dalam lindunganNYA..amin

Tuesday, August 4, 2009

jalan dah..

11 months old..
my lil princess dah mula berjalan..a few steps ahead..jalan..jalan..jatuh
erryna suka bila disuruh berjalan mcm ni..(untuk stamina sebelum jalan jauh =D)

Monday, July 27, 2009

kenduri dan baju kurung

last nite, keluarga suami buat kenduri arwah dan doa selamat sempena menyambut Ramadhan...kebetulan mak ngah nak turun JB, so atok decide nak buat kenduri sekali..


menu: nasi ambang (di bawa pulang), stew kambing, mee rebus, soto, kuih-muih


saya sgt teruja sbb nak pakaikan erryna baju kurung yang ditempah dengan mak Hidaya hari tu...setakat ni dah 3 pasang koleksi baju kurung erryna.


nak tengok erryna bergaya dgn baju kurung??


scroll bawah...




















erryna with mummy..
si kecil monyok sbb baru bangun tdo..


macam mengaji kan!!
gambar ni semasa 1st try baju kurung slps siap dijahit

comel x??

Sunday, June 7, 2009

jusco and mcd

hari ni saya amik cuti sbb mama nk ke Pontian sempena my cousin,Farah, wedding.

so plan with hubby nak pergi cari present utk Farah's and Ene's wedding...after solat jumaat, kami decided nak ke JUSCO TEBRAU sahaja. .ucu Aiman pon ikut sekali (my youngest bro)

sedikit info psl wedding:
Farah wedding on 6/6/09 @ Pontian, Johor
- Farah ni sepupu sebelah mama..anak kepada mak mi. bertambahlah ahli keluarga melor 28!!

Ene's wedding on 8/6/09 @ Dewan Perdana Felda, KL
- my housemate sewaktu di Cyberjaya...mmg nak sgt pegi wedding ni sbb nak jumpa kawan2 yang dah lama gila xjumpa...sejak saya kahwin dan dah ada erryna ni..

lepas dapat apa yang kami cari, kami ke McD...sbb ucu beriya ajak makan McD..
erryna 1st time @ McD, kami bagi makan french fries shj...

some pics @ McD

that's all for now...chiow!!

Monday, December 29, 2008

trip to mak ngah's house

sudah menjadi kebiasaan keluarga suami, setiap kali cuti Krismas kami akan ke rumah Mak Ngah (KL) untuk bercuti...ye la, setahun sekali bawak atok berjalan...(bukan senang nak ajak atok berjalan jauh tau...)

trip kali ni dengan si kecil erryna, memang riuh sepanjang jalan..nasib baik si kecil xbanyak ragam..alhamdulillah.

bercuti kali ni, xbanyak aktiviti yang dirancang...bbq , shopping and relaxing...
kalau dulu bolehlah gi picnic etc, lagipon cuaca juga tak berapa mengizinkan utk buat outdoor aktiviti..

video di bawah ni, si kecil bergelak tawa dengan moyang nya..sewaktu perjalanan pulang ke JB
rambut pon sikit lagi..lepas cukur hari tu, lambat pulak rambut si kecil ni nak tumbuh.. =D


Wednesday, September 10, 2008

tentang erryna...

kali ni nak cerita tentang erryna..our precious gift.




erryna was born on 1st Sept 2008 (1st ramadhan 1429) @ 12.58 pm with 2.46kg. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..berkat bulan ramadhan rasanya, kesakitan melahirkan erryna rasanya sekejap sgt..doktor dtg check jam 12pm dan bgtau jangka waktu kelahiran kira-kira jam 7 pm sbb bukaan baru 3cm...tapi belum pkul 1pm pon, erryna dah xsabar nak jumpa ibu dan ayah. dengan 2x teran..meluru erryna keluar..(luckly nurse a.k.a bidan dah sedia menyambut coz doktor tgh nak pakai sarung tgn).

sewaktu jahit, doktor bgtau koyakan agak besar kerana baby meluru keluar tapi alhamdulillah xrasa betul sakit jahitan tu. sayu rasanya hati bila terdengar abang mengazan dan iqamatkan baby di bilik sebelah.alhamdulillah smuanya berjalan dengan baik....


fresh from labor room ... ..n...... our 1st picture 2gether-mum n daughter

nama yang dipilih bersama abang - nurul erryna tetapi telah ditambah oleh adik2 ku + kaum kerabat yang lain jadilah " nurul erryna ramadhani" yang bermaksud cahaya kepada kecantikkan ramadhan.

ramadhani juga = ram dan ani (nama nenek & tok mama erryna)

~betapa indahnya bila mendengar tangisan anak buat pertama kalinya..besar sungguh ciptaan dan kuasa MU ya ALLAH..