our anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

Semalam, Hari ini , Esok

Semalam, Hari ini, Esok

Semalam ku tinggalkan kenangan kita
Semalam kita bawa haluan berbeza
Semalam kita akur akan kehendak NYA
Semalam jua pergi meninggalkan kita

Hari ini kita bersua semula
Hari ini kau dan aku berbeza
Hari ini mengingatkan kita
Bahawa semalam masih ada dalam hati kita

Andai esok tiba
Pastikan bahawa semalam dan hari ini tetap sama
Jangan dibiarkan ia berlalu sahaja
Kekal lah ia dalam hati kita

Nyata semalam, hari ini & esok tetap ada
Untuk kita meneruskan kehidupan
Untuk kita kutip segala pengalaman
Untuk mengajar kita erti persahabatan

No comments: